Sabtu, 18 Julai 2009

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Paparan untuk renungan kita bersama.Artikel ni diambil dari emel Ustaz Nazimi. Terima kasih Ustaz Nazimi. Emel dari Ustaz amat bermakna. Akan saya letak di sini sedikit demi sedikit emel dari Ustaz yang saya kumpulkan dari awal lagi.

MATA IKUT RUH KELUAR.

Mati adalah sesuatu yang pasti. Mati bukan perkara kecil, malah ia dinamakan sebagai kiamat kecil. Mati bermaksud, ruh keluar dari jasad, maka tinggallah jasad yang kaku, tidak bergerak lagi.Ketika keluarnya ruh dari jasad, kesakitannya teramat sangat. Kesakitan ruh keluar dari jasad, diumpamakan seperti kayu yang berduri ditarik dari kapas yang basah. Betapa susahnya kayu berduri di tarik dalam kapas yang basah, begitulah susahnya ruh yang keluar dari jasad.Apabila ruh itu sangat susah hendak keluar dari jasad, sudah pasti ketika ruh ditarik keluar oleh malaikat maut, mata manusia itu akan sama-sama mengikut perjalanan keluar ruh. Ekoran itulah, kita akan dapati kebiasaan orang yang meninggal dunia, mata mereka akan terbuka.Perkara ini, diakui sendiri oleh wahyu menerusi lidah nabi SAW yang bersabda;إِذَا حَضَرْتُمْ مَوْتَاكُمْ فَأَغْمِضُوا الْبَصَرَ فَإِنَّ الْبَصَرَ يَتْبَعُ الرُّوحَMaksudnya;”apabila kamu menghadiri kematian seseorang kamu, maka pejamkanlah mata si mati, kerana matanya mengikuti ruhnya”Apabila kita membaca hadis ini, sedikit sebanyak kita dapat bayangkan betapa susahnya ruh mahu berpisah dari jasad. Kesusahan dizahirkan oleh Allah dihadapan para manusia yang masih hidup dengan diperlihatkan mata si mati yang terbuka sejurus kematian.Kesusahan ruh keluar dari jasad ini, tidak sekadar berlaku kepada orang-orang yang jahat sahaja, malah ia berlaku kepada semua manusia, termasuk manusia yang baik.Cuba bayangkan, jika manusia itu jahat, dengan melazimkan diri dengan maksiat kepada Allah SWT, lalu dia mati dalam keadaan sedang melakukan maksiat, sudah pasti dia ditimpa kesakitan yang berganda. Saat kematian dia berhadapan dengan kesakitan. Saat di alam barzakh nanti pun, dia ditimpa kerungsingan hidup yang tidak berkesudahan.Justeru, tidak hairanlah pada mereka yang meletakkan keyakinan terhadap Allah dan Rasul-Nya akan bercita-cita mahu mati syahid, mati dalam berperang untuk menaikkan kalimah Allah yang paling tinggi. Ini kerana, mati syahid adalah mati yang diberikan nikmat oleh Allah SWT kepada sesiapa yang Dia mahu. ia adalah mati terpilih, yang tidak ditimpakan sebarang sakit yang kuat, malah ia merupakan mati yang dikehendaki orang yang syahid itu agar dia dimatikan berkali-kali.Sabda Nabi SAW;مَا مِنْ أَحَدٍ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ يُحِبُّ أَنْ يَرْجِعَ إِلَى الدُّنْيَا وَأَنَّ لَهُ مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ شَيْءٍ غَيْرُ الشَّهِيدِ فَإِنَّهُ يَتَمَنَّى أَنْ يَرْجِعَ فَيُقْتَلَ عَشْرَ مَرَّاتٍ لِمَا يَرَى مِنْ الْكَرَامَةِMaksudnya;”tidak seorang pun yang masuk syurga, bahawa dia mahu kembali ke dunia. Baginya mempunyai apa-apa pun melainkan syahid. Ini kerana, dia berkehendak kembali ke dunia lalu dibunuh sebanyak 10 kali disebabkan melihat karamah (kemuliaan)”Jika dilihat kepada mati selain syahid, manusia yang mati terasa perit dengan kematian. Adapun mati syahid, keperitan dengan kematian tidak berlaku, bahkan yang wujudnya adalah keinginan dimatikan berkali-kali, lantaran keenakkan mati tersebut.Itu bagi kematian yang disifatkan sebagai syahid, tetapi keadaannya amat berbeda dengan kematian biasa. Kematian biasa, dihadapi dengan kesakitan yang amat sangat sehingga sampai satu tahap, apabila mereka mati, mata mereka akan terbuka lantaran mengikut ruh keluar dari jasad.Dalam pesanan Nabi SAW, apabila didapati seseorang yang mati itu matanya terbuka, maka hendaklah manusia yang hidup itu menutup matanya tersebut.Semasa menutupkan mata si mati tersebut, digalakkan semasa menutup itu membaca beberapa doa. Antara lain disebut oleh seorang ulama salaf, Bakr bin Abdillah Al-Muzani dengan katanya, ”apabila kamu mahu menutupkan mata si mati, maka hendaklah kamu membaca;بسم الله و علي ملة رسول الله (ص), اللهم صل علي محمد و على اله وصحبه أجمعينMaksudnya;“Dengan Nama Allah, dan terhadap Rasulullah SAW. Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad SAW, juga terhadap ahli kelurga dan sahabat baginda seluruhnya””Cara menutupkan mata mayat itu pula, hendaklah ditutup ketika mayat itu terbukti telah meninggal dunia” jelas Imam Abu Daud.Nyata, kematian bukanlah perkara remeh, malah ia adalah sesuatu yang berat dan menyakitkan. Justeru, selamatkan diri kita dari kesakitan itu dengan amalan soleh dan sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

TEGURAN ROMANTIK DI KALA ISTERI MARAH

Dari segi psikology, kejadian perempuan tidak sama seperti kejadian lelaki. Kejadian lelaki yang kurang beremosi berbanding perempuan. Ekoran itulah, Allah memberikan kelayakkan menjadi pemimpin kepada lelaki berbanding perempuan.Firman Allah;الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍMaksudnya;”Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita)”(Surah An-Nisa’ : 34)Perempuan diciptakan oleh Allah ekoran dari penciptaan lelaki. Adam diciptakan oleh Allah terlebih dahulu berbanding hawa. Bermaksud, perempuan hidup memerlukan perlindungan lelaki.Memandangkan perempuan tidak seperti lelaki, kadangkala perempuan itu boleh melakukan sebarang kesilapan. Bukan bermakna lelaki tidak melakukan kesilapan, tetapi kesilapan mereka tidak seperti kesilapan yang dibuat oleh lelaki.Lebih-lebih lagi, dari kejadian mereka sendiri adalah tulang rusuk yang paling bengkok.Sabda Nabi SAW;فَإِنَّ الْمَرْأَةَ خُلِقَتْ مِنْ ضِلَعٍ وَإِنَّ أَعْوَجَ شَيْءٍ فِي الضِّلَعِ أَعْلَاهُ فَإِنْ ذَهَبْتَ تُقِيمُهُ كَسَرْتَهُ وَإِنْ تَرَكْتَهُ لَمْ يَزَلْ أَعْوَجَ فَاسْتَوْصُوا بِالنِّسَاءِMaksudnya;”Sesungguhnya perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang paling atas. Sekiranya kamu mahu meluruskannya, pasti kamu mematahkannya. Sekiranya kamu membiarkannya, pasti ia akan sentiasa bengkok. Oleh itu, sentiasalah memberi wasiat kebaikan kepada mereka”Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani, hadis ini memberi gambaran bahawa Hawa diciptakan oleh Allah dari tulang rusuk Adam. Tetapi, Imam Al-Qurtubi pula menyatakan, maksud dengan perempuan diciptakan dari tulang rusuk bukanlah memang hakikatnya diciptakan dari tulang rusuk Adam, tetapi menggambarkan betapa ”bengkoknya” perempuan seperti bengkoknya tulang rusuk.Walaubagaimanapun, hadis ini telah memberikan satu gambaran bahawa jika perempuan melakukan kesalahan, kesalahan itu tidak sama seperti kesalahan yang dilakukan oleh lelaki.Justeru itu, dibimbangi bengkok itu semakin melampau, menyebabkan Nabi SAW ada memberikan sedikit panduan dalam membetulkan kesilapan perempuan.Ini disandarkan kepada hadis daripada Qasim bin Muhammad bin Abi Bakar yang berkata;كانت عائشة رضي الله عنها إذا غضبت عرك النبي صلى الله عليه وسلم بأنفها ، ثم يقول : « يا عويش ، قولي : اللهم رب محمد ، اغفر لي ذنبي ، وأذهب غيظ قلبي ، وأجرني من مضلات الفتنMaksudnya;“Apabila Aisyah sedang marah, Nabi SAW memicit hidungnya seraya berkata :”wahai A’yish, katakanlah, Ya Allah tuhan Muhammad, ampunilah dosaku. Dan hilangkan kekerasan hatiku, dan lindungi aku dari fitnah yang menyesatkan.Hadis ini merupakan satu panduan dari Nabi SAW kepada lelaki dalam menghadapi isteri yang kadangkala agak keterlaluan dalam memarahi sesuatu perkara.Jika diperhatikan, hadis ini menyebut bahawa dikala Aisyah sedang marah, Nabi SAW tidak memanggilnya dengan panggilan biasa, tetapi memanggil dengan panggilan yang mengandungi unsur manja dan mesra, iaitu dengan menyebut “Ya A’yish” atau diterjemah melayu “wahai ‘Aisyah yang kecil molek”. Disamping itu juga, Nabi SAW menunjukkan dari sudut perbuatan manja dan mesra dengan memicit hidung Aisyah dikala melakukan teguran tersebut.Apabila perempuan dipanggil dengan panggilan manja dan diperlakukan seperti itu, pasti perasaan mereka akan berubah. Marah yang meluap-luap kebakaran akan berjaya dipadamkan dengan air manja dan sentuhan. Dengan tindakan Nabi SAW itu, pasti kemarahan mereka akan reda, dan dalam masa yang sama Baginda SAW telah berjaya mewujudkan suasana mesra dalam menjalani kehidupan berumah tangga.Alangkah indahnya aturan Allah dengan mendatangkan Nabi SAW dalam menjaga manusia. kisah sebegini sepatutnya dijadikan pengajaran kepada semua manusia yang berumah tangga, agar kehidupan berkeluarga akan sentiasa indah dan makmur.Sekian

TIDAK BERSALAH TETAPI MINTA MAAFSetiap manusia pasti akan melakukan kesilapan. Kesilapan itu, sama ada melibatkan kepada dosa atau tidak melibatkan kepada dosa. kesilapan yang melibatkan kepada dosa, mewajibkan orang tersebut bertaubat kepada Allah.Nabi SAW juga ada melakukan kesilapan. Kesilapan Nabi itu tidak melibatkan kepada dosa, malahan terus ditegur oleh Allah SWT.Lihatlah teguran yang Allah berikan kepada Nabi SAW menerusi surah ”Abasa”, ekoran kesilapan nabi SAW yang melayan pembesar-pembesar Quraish dengan harapan mereka beriman dengan Allah tanpa melayan kehadiran seorang sahabat buta yang bernama Abdullah bin Ummi Al-Makhtum.Amat nyata, Nabi SAW juga melakukan kesilapan, tetapi kesilapan itu tidak melibatkan kepada dosa, disamping tidak mencacatkan kenabian Nabi Muhammad SAW.Kadangkala, dirasakan sesuatu tindakan itu bersalah kepada individu-individu tertentu, walaupun ianya sebenarnya tidak salah disisi Allah SWT.Keadaan ini menimpa sendiri kepada diri Nabi SAW yang telah mengkritik terhadap tindakan para yahudi, sedangkan dalam masa yang sama, antara isteri Baginda adalah seorang perempuan yang asalnya beragama yahudi, tetapi memeluk islam, disamping bapanya pula masih lagi dengan agama lamanya.Bapa Sofiyyah yang bernama Huyay bin Akhtab adalah pembenci utama terhadap Nabi SAW dari yahudi Kabilah Bani Nadhir. Berbagai-bagai tindakan yang dilakukan oleh beliau terhadap Nabi SAW. Beliau sering menyakiti hati Nabi SAW sehingga tindakan itu boleh disifatkan sebagai melampau.Tindakan Huyay bin Akhtab itu menyebabkan nabi SAW bertindak mengkritik, sedangkan kritikan nabi itu didengari oleh anak Huyay yang merupakan Isteri Nabi SAW.Mungkin hati Sofiyyah terluka?? Itu tidak dipastikan. Tetapi, bimbang ianya terluka, maka Nabi SAW menyediakan pencegah luka, agar luka itu tidak benar-benar terluka.Sofiyyah ada bercerita;ما رأيت قط أحسن خلقا من رسول الله صلى الله عليه وسلم ، لقد رأيته ركب بي من خيبر على عجز ناقته ليلا ، فجعلت أنعس فيضرب رأسي مؤخرة الرحل ، فيمسني بيده ويقول : « يا هذه مهلا يا بنت حيي » ، حتى إذا جاء الصهباء ، قال : « أما إني أعتذر إليك يا صفية مما صنعت بقومك ، إنهم قالوا لي كذا وكذا »Maksudnya;”Aku tidak pernah melihat manusia yang boleh mengatasi kebaikan akhlak Nabi Saw. aku menunggang kenderaan unta pada satu malam bersama Baginda. Aku ketika itu terlalu mengantuk menyebabkan kepalaku tersengguk-sengguk. Lalu, Baginda SAW menyentuhku sambil berkata; ”Wahai orang ini. tahan sedikit wahai anak perempuan Huyay (jangan cepat mengantuk). Apabila sampai di As-Sohba’, baginda berkata; ”aku minta maaf dari kamu wahai Sofiyyah daripada apa yang aku lakukan terhadap kaum kamu. Sesungguhnya, mereka berkata kepadaku begian begian...”Sudah nyata lagi jelas, tidak ada kesalahan kita mengkritik yahudi. Ajaran Al-Quran amat terang, bagaimana kritikan terhadap yahudi adalah sesuatu yang diizinkan. Bermakna, tindakan Nabi SAW adalah perkara yang tidak salah disisi Allah.Pun begitu, bimbang hati Sofiyyah terluka ekoran tindakan Nabi mengkritik kaumnya, menyebabkan Nabi SAW memohon maaf terhadap Isterinya, agar, akan terubatlah luka jika ianya terluka. Atau menyelamatkan hati itu dari terluka, jika ianya belum terluka.Meneliti kepada hadis ini, ada dua dan tiga perkara yang boleh kita pelajari demi mencapai kehidupan bahagia antara suami dan isteri. Antaranya adalah dengan menaiki kenderaaan bersama-sama. Juga, sering menjaga perasaan isteri agar ianya tidak terluka, walaupun kadangkala sesuatu tindakan kita itu sememangnya benar, atau semenangnya tindakan isteri kita itu memang salah.Tegur kesalahan Isteri adalah wajib, jika tidak, pasti bengkok tulang rusuk semakin menjadi-jadi. Pun begitu, teguran yang dilakukan hendaklah berhikmah. Penuh dengan segala kebijaksanaan, agar tulang yang bengkok itu walaupun tidak berjaya diluruskan, tetapi sekurang-kuranya tulang yang bengkok itu tidak semakin bengkok.Lihatlah Nabi SAW menerusi hadis ini. walaupun Baginda SAW melakukan satu tindakan yang tidak salah disisi Allah, bahkan tindakan itu adalah satu kebenaran, tetapi tetap meminta maaf kepada Sofiyyah, kerana bimbang hati Sofiyyah terluka.Hati bila terluka, amat susah untuk diubati. Jika ianya berjaya diubati, dibimbangi melahirkan parut yang menjadi kenangan. Yang lebih bimbang, jika parut itu berdarah semula. Inikan pula hati perempuan yang diciptakan Allah dengan ciri-ciri kelembutan.

SekianWallahu ’Alam.

Isnin, 13 Julai 2009

KEKANGAN MASA

Hai...dah lama tak update blog Koleksi FitrahKaseh, kekangan masa dan bebanan kerja di pejabat serta rumah membuatkan aku tak sempat nak jengah blog untuk update. Kesian blog Koleksi FitrahKaseh terpinggir sekejab dari pandanganku.

Bahan-bahan dah ada tapi tak sempat nak masukkan, gambar pun belum diambil lagi, habis macam tu saja. Insyaallah hujung bulan ini atau awal bulan Ogos Blog ini akan berwajah baru. Harap-harap aku ada masa...

Koleksi resepi warisan bonda juga tak ketinggalan akan ku paparkan disini untuk tatapan semua. Hari ni tak sempat nak masukkan semua kerana masa yang amat mencemburui aku.